vendredi 1 mars 2013

Nice is just nice!

Assalamualaikum et bonjour les gars!



" Uihhh, agaknya lagu mana la rupa bandar Nice tu ek? "


Haa adakah ini antara persoalan yang sedang bermain di minda anda? Kami di sini pun bukan lah arif sangat tentang bandar Nice ni. Tapi boleh la nak bercerita sikit², takda lah cerita lebat sangat. Cuma nak kasi introduction. Apa orang kata, tak kenal maka tak cinta? 




Pemandangan Nice sebelum korang mendarat nanti,, ;)

Bandar Nice ni kecil molek sahaja. Kalau yang kaki kuat berjalan tuh, tak sampai sepurnama pun dah habis pusing. Tapi kecil² cili padi. Sebab Nice ni sebenarnya merupakan bandar pelancongan di mana waktu summer nanti korang akan merasakan ke-pa-da-tan pelancong² di sini. Dan juga ke-pa-nas-an.

Rata² pelancong di sini mencari sinaran mentari yang hangat. Nice pula boleh dikatakan sebagai bandar terpanas, terhangat, dan yang sewaktu dengannya. Jadi, kamu² yang bakal menjejakkan kaki di bumi Nice tidak akan menjadi polar bear yang berhibernasi ketika musim winter nanti seperti mana di bandar² lain.




Nice..bandar pinggiran pantai

Main transport di sini adalah menggunakan tram dan bas.  Sistem pengangkutan awam tersangat lah efisien. Nanti boleh lah rujuk dekat bahagian transport untuk baca dengan lagi mendalam. Dan bagi siapa yang nak menggunakan kereta di centre ville, harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

Tentang makanan pula, hangpa toksah dok risau. Sebab dekat centre ville, ade satu kawasan orang² arab (baca : quartier bara) di mana banyak boucherie halal boleh didapati. Ayam 3 ekor pun tak sampai 9euro. Kalau nak makan luar pun, banyak kedai² kebab  (makanlah sampai muak) dan ayam goreng (baca : chicken spot) etc². Pendek kata, kalau ada duit, takkan mati kelaparanlah. Kedai asia (asiana) yang jual durian pun ada. Tapi mahal sikit lah...Nak tahu kat mana? Tanya kami dan kami akan tunjukkan jalan.

Tapi tapi! Kedai di sini pukul tujuh dah tutup. Hari ahad memang semuanya tutup. So apa boleh buat weekend²? Kebiasaannya even musim winter  (time tak sejuk sangat-lah), kami akan turun padang bermain bola. Buat yang bukan berkaki bangku, boleh lah join sekaki, riadah² sambil menyihatkan badan. Padang pun tak jauh, dan biasanya kami bergerak sekali. So jangan lupa turut serta.




Stade du Ray: haa kat sini laa team Nice main,bkn kita. hehe

Kalau Toulouse kata depa berjiran dengan Barcelona, kami di Nice sikit pun tak heran. Bukan sahaja Itali yang hanya lebih kurang setengah jam menaiki train, Monaco pun tak sampai sejam menaiki bas. Dua dalam satu der. (angkat kening sebelah)



Port de Nice..
Somewhere between Nice dan Monaco
Monaco bro!
Begitulah serba sedikit introduction tentang Nice. Kalau nak tahu lebih,nanti kena lah dtg lagi melawat VersLaLumiere(VLL), mane boleh cerita semua terus,hehe.  Nanti kami sambung cerite dengan lebih detail. jumpa lagi! :D

Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire