jeudi 28 février 2013

Telefon bimbit

Assalamualaikum,


Inilah entry yg rasanya hadek2 semua tunggu dgn mata berkilauan. Entry ttg telefon bimbit. Di sini nak diingatkan lagi sekali, dari Malaysia ke France harap hadek2 bawa telefon spare walaupun mmg dah target utk beli phone di France sebabnya awal2 sampai x bole terus beli phone sebab x dapat kad bank. So phone yg dibawa dari malaysia bertujuan utk guna dgn prepaid di sini. Kalau nak guna phone utk call Malaysia ada prepaid yg murah utk call Malaysia tapi kalau rasa nak contact Malaysia cuma pakai skype or internet di rumah ja, bolela beli prepaid yg murah utk dalam France saja.





Di France, ada 3 syarikat besar utk telefon yg dipanggil operateur; Orange, Bouygues dan SFR. Lepastu ada operator kecil2 yg menumpang line dari syarikat besar contohnya pejabat poste pon ada dia punya line telefon. Tapi masalahnya yg kadang-kadang(ditegaskan kadang-kadang ye) akan ada problem line sebabnya diorang cuma menumpang line dgn 3 syarikat besar atas tu. Secara globally line telefon Orange yg paling stable dan luas coverage sebab dia mmg syarikat operateur national France( macam telekom Malaysia) tapi x bermaksud yg lain tu x dapat line. Semua lebih kurang sama saja.

Di France macam di Malaysia juga, ada dua jenis kaedah pembayaran,  samada prepaid or postpaid tapi terbalik dgn Malaysia di sini trend lebih guna postpaid. Mgkin sebab berkemampuan dan tak mahal berbanding dgn pendapatan bulanan. So macam yg dinyatakan, nak buat postpaid kena ada kad bank klu x pakai prepaid je la jawabnya.

Postpaid dan telefon(classic)
Bila bercakap pasal postpaid n telefon ni mmg best. Bila bercakap pasal postpaid tu dia ada macam2 jenis package yg kami panggil forfait. Dan forfait tu bole vary harga dari 2€ sampaila ke 60€ depend dgn pelbagai keadaan. First of all, klu korang semua hantu mesej, mmg France ni mmgla best nak bermain2 mese3j sampai korang x larat nak mesej. Yela kebanyakan forfait di France ni message illimité, dalam bahasa pasarnya unlimited message. Mesejla nak mesej banyak mana pun. Dan setiap tahun forfait akan jadi semakin murah dan setiap forfait tu kita boleh pilih contract samada setahun ataupun dua tahun. Kalau kita hentikan contract sebelum waktunya akan kena denda.

Harga utk setiap forfait tu bergantung dgn banyak faktor, contohnya dari segi contract dan samada kalau kita ambil forfait itu dgn phone or kita pakai phone kita je. Kalau kita nak ambil phone selalunya utk first payment kena bayar utk phone n forfait dan bulan ke2 dan seterusnya kena bayar utk forfait bulanan ja. So kalau kita nak ambil phone yg mahal dan nak bayar harga phone tu supaya murah, selalunya forfait bulanan kita akan jadi mahal. Waktu tula gunanya calculator tgk yg mana lagi berbaloi in long or short term.( seriously, we did use calculator for this thing)

Ada mcm2 lagi trick2 super genius dari abang2 macho France ini utk mengurangkan kos perbelanjaan telefon n forfait. Nak tahu lebih lanjut? ASK ME NOW!( trademark herbalife). But seriously, banyak cara utk cut your expenses, so ask me how ok? ;)


New wave plan

Sekarang dah terdapat satu wave baru, trend baru dekat France ni. Nak kata forfait bukan forfait, nak kata prepaid x mcm prepaid. Plan ni mcm tgh2 antara prepaid dan postpaid. Sebabnya kita still akan bayar tiap2 bulan tapi kita boleh hentikan bila-bila masa yg mahu. Kelebihan plan ni adalah murah tetapi dapat sama macam bayar forfait mahal2.  Jadi trend sekarang banyak diorang akan beli phone terus bayar sekali gus or ansuran dan kemudian ambil plan ni. In long term jadi lagi murah. Ad dua operator yg buat plan cmni iaitu SOSH and B&U. Dua dua ni bawah syarikat orange and bouygues.



Untuk assurance dan garanti sila rujuk entry electronic devices 


Kalau ada sebarang pertanyaan lain or x faham bolela tnya lain ye =)

Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire