lundi 25 février 2013

Duit Oh Duit !!!


Kewangan Pelajar MARA & JPA

Assalamualaikum semua. 


Kali ni meh kite dok bincang pasal fulus pulak.
Memandangkan fulus ni salah satu topik yg mantop & meletup. Lagi-lagi bile nak fly nih. Semua jadi org kaya baru. Tapi jgn lupa diri pulak. Ni semua sementara je.




Secara lazimnya, student2 MARA akan jadi 2 kali lebih kaya dari dak2 JPA. Sbb apa? Sbb zaman kami dulu, pihak MARA bekalkan kami dengan bekalan duit selama 6 bulan ke hadapan. Bagi JPA pula, hanya 3 bulan. 





Tetapi jangan risau, itu semua poyo....

Bagi sesiapa yang belum tahu lagi, MARA akan masukkan elaun setiap bulan ke dalam acc. bank student2 bwah tajaan dia lah ( 1 kali sebulan ). Bagi JPA pula, mereka akan masukkan 3 bulan setepek, selepuk dsb ( 3 bulan sekali ). 


So setiap bulan bdak2 MARA akan dpt lebih kurg 960€++, dan bdak JPA dpt 2880€++ setiap 3 bulan. lebih kurg la..

So, mengikut apa yang telah dibekalkan oleh pihak penaja,  secara logik hukum alam, budak MARA boleh survive smpai bulan 9 tanpa masuk elaun setiap bulan dalam account & JPA kurang sikit lah.

Attention!!!!!!

Mengikut pengalaman2 kami semua, bdak2 JPA xmengalami sebarang masalah elaun yg dimasukkan oleh pihak penaja. Bila duit dah nak habis je, JPA top up masukkan dlm acc bank masing.  

Tetapi, bagi bdak2 MARA, anda perlulah berhati2. 

Kerana apa? Ha....ni nak citer ni..

Zaman kami dulu, kini dan selamanya...(selamanya tu xtau la), elaun yg sepatutnya kami dapat start dari bulan 10, xdapat. Dan masalah ni berlanjutan sampai ke bulan 12. Alhamdulillah, memandangkan kami ni semua org yg 'berhati2' belaka, boleh lah hidup. Tapi ada je yang ter'-ve' duit dlm acc tuh. 

Time mcm ni jgn risau, itulah gunanya bdak2 JPA. Korg boleh lah mintak tolong dari diorg. Sbb jangan risau, nnti MARA masukkan selepuk terus ke dalam acc mane yg trtunggak.

Harap masalah ni xkene kat korg. 

Tapi memandangkan setiap tahun ade je berlaku benda yang sama, so kalau ikut ramalan, akan jadi benda yang sama lah. Itu yg sekarang ni kami bagi amaran awal2...dengar x nih...?


Natijahnya, haa, kene gak ada kesi pulan, xboleh habis gitu je. Ermn....nasihat kami, save duit tu sebanyak yg boleh terutamanya utk bdak2 MARA. Manelah tahu, nasib korg same mcm kiteorg dulu. Tapi at least ade backup lah. Sbb lazimnya, bile smpai je sini, dah pening nak pengsan, duit banyak, nak beli phone la, ps3 la, TV plasma la & mcm2 lagi. 



Jadi....BERHATI2...beringat sebelum terlambat!

Traveler’s check & Cash in euros

Benda ni kalau xcerita pun xpe. Tapi dah alang2, cerita je lah. Based on kteorg punya pengalaman, ada 2 bentuk duit yang korg akan terima. Dalam bentuk traveler’s check & dlm cash in euros & ringgit.
Kalau MARA akan kasi RM3000 khas utk laptop. 


1000euro utk liquides/cash dlm tgn utk hidup kat france sementara nk tnggu account bank dibuka & balance beberapa ribu euro dlm bentuk traveler’s check. Dan utk JPA semasa zaman kami, elaun utk laptop XDE lah...soriiiii...... =( 

Mais attends les gars, c pas la fin du monde. 



In France


So, once u all smpai France, acc bank perlu dibuka secepat mungkin. Jangan risau, nanti ade pihak univ yang tolong ‘settle’kn. Kalau xpun, nnti ade abang2 senior yang boleh tolong (pastu jgn buat2 xreti lak nak blanje diorg, penat beb bawak g bank). Haha,.....xde la. 


Bab2 belanje ni xde paksaan. 

Abang2 kakak2 kat sini baik2 sokmo, xyah risau, tapi kalau nak belanja tu lagi bagus (malu2 kucing la jgak).

Nanti bolehlah dimasukkan traveler’s check tu ke dlm bank utk lebih selamat. Dan cash xyah pegang bnyak2. sikit sudah, kenelah ade langkah berjaga2.

Rasanya stakat ni je kot post kali ni utk cerita pasal duit. Sebenarnya, banyak lagi boleh kasi info. tapi dah bnyak sngt menaip ni...lenguh jari-jemari nih. 

Kami galakkan korang kasi soalan kat bawah ni. Nanti boleh jawab mane yang mampu insyAllah. Lagi bnyak soalan lagi bagus. Kasi meriah giteww...haha.


Ok lah...
Salam, WA


p/s: Sekiranya ada apa2 info yang nak ditambah/diperbetulkan, adalah dialu2kan. 

Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire