Aihh orang duk
pohpahpohpah duk cerita bandaq diorang kita mana bleh kalah. Orang kata xkenal
maka xcinta. betul ke x tu Tuhan saje yang tahu. Nak tau betul ke x, hah mai
pakat baca mai.
Nukilan ini tidak lain
dan tidak bukan adalah untuk memperkenalkan sedikit sebanyak bandar Toulouse
ini pada adik2 yang bakal sampai sangat tidak lama lagi. Pejam celik pejam
celik kalian saksikanlah, kalian akan menapakkan kaki kalian di tanah orang
putih ni. Tapi kalian kene haruslah senantiasa beringat bahawa kalian hendaklah
meneruskan usaha kalian untuk menggapai cita2 yang murni itu dengan melepasi
moyenne yang ditentukan dengan warna yang berterbangan. (bace : with flying
colours).
Ben, cukuplah untuk
introduction. Jom sembang pulak pasal Toulouse. Toulouse ni, seperti jugak
bandar2 lain yang diceritakan, terletak di selatan France.
Sebenarnye nak setat
dengan ape pun xtau. Mungkin kite boleh setat dengan apa kelebihan Toulouse
kepada kita yang lebih2 lagi bergelar pelajar mungkin? (x setuju sile diam je).
Toulouse merupakan
antara bandar yang terkandung di dalamnya
pelajar2 yang datang hampir dari seluruh pelosok france. Xnak pecaye?. Kalian
boleh saksikan berbagai2 keturunan dan warna kulit menghiasi universite2 dan
ecole2 di Toulouse. (Tetapi dimaklumkan bahawa gamba tidak akan dipaparkan
kerana akan mencetus elemen racist). Toulouse merupakan bandar lahirnya kapal
terbang yang cukup dikenali orang rakyat Malaysia ; Airbus A380. Oleh sebab
itu, wajarlah terwujudnya di Toulouse juga ecole-ecole yang melahirkan para
jurutera2 juruteri2 yang hebat, ganas dan pakar dalam bidang ini.
Tetapi Toulouse bukan
sahaja femes dengan sekolah kapal terbangnya. Oleh sebab itulah kite, warga2
yang terpilih dari golongan yang terpilih dipilih untuk melanjutkan pelaran di
sini dalam bidang kimia dan processing (bace : genie chimique genie des
procedes).
 |
|
| (Hahh kat sini lah tempat korang mununtut ilmu nanti) |
|
Tujuan aku berceloteh
sedikit sebanyak mengenai kewujudan kepelbagaian kursus sekolah dan tawaran
kerja adalah semata2 untuk menaikkan semangat dan mengembangkan idung kalian
sebagai golongan yang cukup terpilih dan dikurniakan rezeki untuk berada di sini. Sesungguhnya pilihan kalian adalah tepat.
Toulouse terkenal
dengan tarif dan kemudahan2 ataupun lebih tepat lagi potongan atau keistimimewaan
(susahnye nak cari terma yang betul =_=) kepada para pelajar. Diselitkan
beberapa contoh, iaitu kad tisseo ; kad kenderaan awam yang digunakan hampir
setiap hari. Langganan selama setahun yang pada asalnya berharga 200euros cume
boleh dinikmati oleh pelajar dengan harga 100euros.
 |
| (kad Pastel Tisseo) |
 |
| (perkhidmatan bas dan metro) |
 |
| (basikal pon ade jugek) |
Separuh harga. kalau nasi
MFI dipromosikan harganya kepada 1ringgit dari 2ringgit, pasti kalian mahukan
harga yang lagi murah bukan. Bukan sahaja pada kad kenderaan awam. Begitu juga
dengan penginapan dan kemudah2 lain. Tempat tinggal yang senang dicari berserta
bantuan kerajaan kepada rakyat dan juga pelajar boleh mengurangkan perbelanjaan
para pelajar di Toulouse.
Alang2 dah masuk bab
penginapan, jom kite sambung topik di mana korang nak tinggal nanti kat
Toulouse. Setibanya kalian di sini, kalian akan ditempatkan bersama keluarga
angkat hingga bulan julai. Gunakan kesempatan
ini untuk memperbaiki francais kalian. Sangat berkesan.
 |
| (bilik foster parent aku sumpah best. baru sampai je terus amek gamba, eksaited la konon) |
|
|
Sesudah tempoh bersama
keluarga angkat, kemudiannya kalian akan ditempatkan di residence universitaire.
Perihal pencarian tempat tinggal tidaklah perlu menggusarkan kalian kerana
kesemuanya telah diatur oleh responsable di sini. Kalian hanya perlu bersikap
berjaga2, attentive, proaktif serta patuh pada sebarang arahan yang dikeluarkan
oleh responsable jika kalian tidak mahu tido berbumbungkan langit.
 |
| (bilik mase aku kat residence@studio. bleh tahan la) |
|
|
|
|
| p/s : decor sendiri =P |
|
|
|
|
Toulouse lawa ke x?. Kami tahu itulah soalan yang selalu berlegar2 di fikiran kalian. Terlalu
banal. Sedikit fakta. Toulouse merupakan bandar ke-empat padat dengan populasi
manusia (tidak termasuk haiwan dan tumbuhan). Personally, Toulouse ialah satu
bandar yang besar dan tranquil. Sungai Garonne di tengah2 bandar berserta canal
du midi yang merentasi Toulouse hingga ke Bordeaux mengindahkan lagi alam
ciptaan tuhan ini.
 |
| (sungai Garonne di tengah bandar di waktu hampir senja) |
Harmoni. Itulah terma yang paling sesuai.
Bandar yang depenuhi kebanyakannya pemuda-pemudi, dengan kadar jenayah yang tidak
merunsingkan akan menjamin keterlansungan pembelajaran kalian di bandar ini.
Korang jangan bimbang, nanti kami bawak korang jalan pusing satu Toulouse sampai
korang balik ke rumah jalan pakai tangan. (ok exagerate).
Apa ?. takut
gemuk ?. itu bukanlah satu kebimbangan kalian semua. Bersyukurlan kalian
dikurniakan senior2 yang hensem2 dan sportive2 belaka. Bermain bola menjadi
satu rutin bermatlamatkan memilik tubuh badan yang sehat dan melawaskan kepale
otak yang tepu dengan teori2 yang disumbat di kelas. Jika bermain bola tidak
mampu memuaskan hati muda kalian yang lapar dengan amalan hidup sihat, anda
boleh pergi ke gym dan juga melakukan jogging2 sambil menghayati alam di
sepanjang canal du midi. (sumpah best x kelentong).
 |
| (canal du midi ketika musim luruh. kelihatan piste jogging dan berbasikal yang hanya bersebelahan dengan canal) |
Kalau nak diceritakan
tempat2 menarik di sekitar Toulouse yang boleh dilawati, alamaknye kami perlu
membuat satu web page untuk tujuan yang sedemikian. Toulouse cume terletak 2jam
perjalanan train daripada tempat2 pelancongan yang pasti menggamit semua kalbu.
Alam semula jadi ; gunung2, air terjun dan flora fauna yang dapat
dinikmati pasti akan memikat hati para pengunjung untuk terus tidak pulang ke Toulouse
lagi dah. (sumpah best x kelentong lagi).
Kalian layanlah
sejenak gambar2 yang disnap seperti yang tertera dibawah :
p/s : kesemuanya ditangkap menggunakan kamera fon
 |
| (corde sur ciel 1) |
|
 |
| (corde sur ciel 2) |
 |
| (cirque de gavarnie 1) |
 |
| (cirque de gavarnie 2) |
 |
| (on the way ke Andorra, tempat shopping tax-free) |
 |
| (pont d'espagne 1) |
 |
| (pont d'espagne 2) |
 |
| (salah satu lac dekat dengan pont d'espagne) |
 |
| (lac yang sebahagiannya ditutupi ais kerana cuaca yang sejuk) |
Dan untuk pengetahuan
hadek2, Toulouse dan barcelona jiran je... (if u know what i mean).
Kalau kalian adalah
daripada golongan yang sudah tidak tahan bermain ais dan segan untuk bermain
ais dalam freezer rumah anda, di sini disampaikan satu berita gembira untuk
kalian. Toulouse juga berpotensi dihinggapi salji pada musim sejuk. So akan
tercapailah keinginan kalian untuk bermesra2 dengan encik salji.
 |
| (hai saya encik salji) |
 |
| (bandar Toulouse ketika musim sejuk bersalji) |
Nampaknya sampai di
sini sahajalah dulu celoteh kami. Jika dikurniakan kesempatan, insyaAllah akan kami update lagi dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan,
soalan, kekeliruan, kerisauan, kegundahan bolehlah diajukan direct tanpa berputiknya
rasa segan silu dan belas kasihan. Hentam je. Kami sentiasa on.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire