jeudi 28 février 2013

Electronics Devices

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Ini satu lagi ruangan "hotsetuff" bagi budak2 yg nak terbang meluncur dari bumi Malaysia ke oversea secara generally.Ruangan electronics devices. Tapi kalini ruangan ini khas utk para adik-adik kami yg nak fly dari Malaysia ke France. Adik-adik mesti sibuk2 tanya kenapa abg2 sibuk2 buat belog semua ni kan? C'est parce qu'on vous aime beaucoup la adik2. 

Senyummmm malu sipu2 (^_^)



Secara generally, electronic devices adalah lebih baik dibawa dari Malaysia. 

Generally dan mengikut pengalaman yg tak seberapa la ye. Ada kes berkecuali yg mungkin dinyatakan ataupun tidak.

Soalan: Kenapa generally better beli dari Malaysia

Jawapan: Kerana secara general, electronic devices di France lebih mahal dari Malaysia.Di France ada satu tax yg dinamakan TVA(taxe sur la valeur ajoutée) yg dikenakan kepada semua benda yg hidup mahupun mati yg dijual kepada pelanggan dan taxe ini berubah mengikut barangan. Dan barangan elektronik ini termasuk dalam group "entertainment" yg mendapat taxe tertinggi sebanyak 19.6%. Bayangkan satu benda berharga 1000 tapi anda terpaksa membayar sebanyak hampir 1200 termasuk taxe(selamat menyumbang. Yay!!!) 

Mari kita tgk contoh peralatan elektronik yg boleh dibawa dari Malaysia.



1) Laptop(bahasa international tak diiktiraf = lappy )



Laptop ini boleh dikatakan benda wajib utk seorang student yg rajin dan berdisiplin

Sekarang ni dah keluar mcm2 jenis ladtop dari MacBook Air sampai ke Ultrabook.

Untuk bab pemilihan laptop ini x banyak den boleh membantu memandangkan ciri-ciri pemilihan amatlah pelbagai dan bergantung dgn citarasa masing-masing.

Tapi kalau ada sesiapa yg masih tak tahu nak beli jenis laptop apa bolehlah bertnya dgn saya(pm or whatsapp diterima). Mungkin ada sedikit suggestion boleh dilakukan. =)

Dari segi specification, secara jelas lagi bersuluh di Malaysia spec lebih power2 tambahan klu korang pergi ke Low Yat tu. France noob xda low yat. Utk harga yg sama samada in RM or € di Malaysia akan dapat spec yg better. 

Satu lagi persoalan muncul; abang, kalau beli dekat Malaysia, warranty boleh pakai di France ke? 

Jawapan: Ehem, sincerely, x berapa pasti. Tapi dulu waktu sebelum fly ak beli laptop dari Dell di Malaysia dan dari laman web dia boleh daftar international then daftar je la international then x pernah rosak so x tahula effective ke x pendaftaran warranty international tu. 



Pengecualian

Terdapat beberapa situasi di mana ada org lebih prefer beli laptop di France

i) Nak dapat keyboard azerty. No offense di sini sebab mmg ada ja yg beli sebab nak biasakan dgn laptop France and boleh buat accent. Tapi certain lappy malaysia boleh buat accent dgn senang, contohnya lappy DELL XPS yg aku beli ni bila tekan ' + e dapat é etc...

ii) Keadaan kewangan di Malaysia tak mengizinkan. Kadang-kadang duit yg dibeli sebelum fly nak digunakan utk perkara lebih penting

iii) Guna laptop dari malaysia sampai ke France, dah sampai France laptop rosak. Ad dua solution, kalau rosak sikit2 tunggu sampai ad org balik Malaysia dan minta bawa balik or kalau mmg rosak dan memerlukan, beli ja kat France.



2)Telefon bimbit

Antara soalan yg diri sendiri duk tnya senior2. Jadi soalannya, masih applicablekah first law di atas yg cakap better bawa phone dari Malaysia? 

Yes, applicable. TAPI jumlah pelajar yg beli henset di France lebih banyak berbanding jumlah pelajar yg beli laptop di France. Kenapa? Nak pendekkan cerita, pelajar suka beli henset di France sebab ada macam2 tawaran dan promotion ygh tak semestinya membuatkannya lebih murah dari Malaysia, dan satu lagi sebab mmg x cukup bajet nak beli semua gadjet di Malaysia. Ada bahagian khas artikel ttg Telefon di label pre-departure gak utk menerangkan ttg trucs super compliqué ni. Bolehla rujuk sana ye. 

Terdapat beberapa point penting yg nak dihighlightkan.

i) klu korang mmg ada banyak duit di malaysia n x maw spend duit di France bolehla pakai je telefon dari Malaysia or beli telefon baru di Malaysia. 

ii) perkara paling super duper hyper important, sila bawa sekurangnya satu telefon samada cikai atau x utk ke France sebabnya bila sampai di France mmg akan contact family dan kawan2 di France ataupun di Malaysia. Selalunya kami tak beli terus henpon mahal2 macam ipong semua tu sebab yg tu memerlukan kad bank dan proses nak buat kad bank tu memakan masa. So caranya, bawa henpon cikai je dan beli prepaid yg boleh call Malaysia dgn murah. Nty sampai France bolehla tnya abg2 hensem dan kakak2 jelita operater apa yg murah nak call Malaysia. Kalau yg x boleh berenggang dgn internet, ada ja prepaid yg ada sekali berapa banyak internet kita boleh guna. 


3) Kamera kompak ke DSLR???



kamera memang benda yang paling penting lahkan bila kat oversea nih, macam2 kita nak tangkap gamba kan. Mmg famili2 nak tgk apa yg kita tgk dan lalui dekat France. Kita pun akan tersengih gembira mengupload gambar ke MukaBuka dan seangkatan dengannya. Sebab itulah memerlukan  Masa dekat oberseala kemahiran menangkap gambar diasah dari style duck face sampaila ke kawaii style. 

Dan ciri-ciri pemilihan itu samada nak pilih compact or a DSLR depends on your interest, but one point thats need to be consider is DSLR need more commitment in term of curiosity and application. Klu yg jenis malas nak belajar amik compact je. ;)


Though, in general, then electronics item are cheaper in Malaysia than here in France but we don’t push aside the fact that there are some that are cheaper here than there. It’s all depend on ur criteria or type of camera that u want. 

But yes, always better beli from Malaysia so dalam flight bolela tgkap gambar sayap kapal terbang kn? ahaks. And kamera DSLR tu selalunya students2 akan beli bila dah dtg France sebab terkesima dgn teknik2 tgkap gambar otai2 DSLR di France so bila ada abg2 yg balik utk summer, waktu tula adik2 tempah utk dibeli di Malaysia


4)International adapter

Ramai yg tertanya-tnya mcm mana rupanya international adapter. Yela x kenal maka x cinta



Nah amik, yg France punya tu yg bulat 2 batang tu, so kalau beli adapter xda benda lain tapi ada benda tu ja dah ok. 


International adapter nih pulak memang sangat berguna bila sampai sini nantih. Jadi dinasihatkanlah kepada adik2 supaya bawak dari Malaysia adapter nih. Biasanya adik2 sekalian memang dah ada lappy dari Malaysia kan dan nanti mesti nak guna handphone dan kamera dari Malaysia jugakkan, so eloklah kalu bawak sekurang-kurangya dua adapter satu untuk lappy dan lagi satu bolehlah tuka2 untuk phone dan kamera. *awal2 mesti banyak guna kamera punya lah ;)

Tapi bagi sesiapa yang agak2 banyak sangat gadget dari malaysia, bawak extension terus pon bagus jugak. Satu lagi kelebihan bawa extension Malaysia, korang cuma perlu bawa satu adapter then yg all devices from Malaysia cucuk di extension.




Ansurans or garanti???

Di malaysia kita mungkin x perasan perbezaan antara dua perkataan ni tapi kat France baru perasan(bila dah jadi mangsa mmgla). Di France ini bila kita beli electronics devices diorang akan cakap tambah beberapa € dapat garanti setahun, tambah berapa € dapat assurance setahun etc... Beza antara assurance dgn garanti ialah, garanti cuma cover kerosakan dalaman tapi assurance akan cover dari segi rosak, dan kadang-kala sampai hilang depend dgn berapa kita bayar. Tapi sebenarnya kalau simpan duit tiap2 bulan tu bole ja beli baru phone. Lagi satu assurance ni bayar tiap2 bulan ni macam riba sebabnya bila xda ap2 yg jadi dekat phone duit kita diorang ambil terus semua x mcm sistem takaful. So dinasihatkan utk tak ambil ansurance. 





Last words, harap entry about devices ini mebantu adik2 terchenta dan memudahkan perjalanan adik-adik semua ke France dgn izinNya.


Peringatan terakhir, utk semua warranty gadjets, bawa je semua and letakkan dalam satu tempat. And utk laptop, jgn lupa bawa or buat recovery disk. Klu sesiapa dekat Toulouse ada je abg2 geek bole tlg uruskan laptop rosak. Hahaha. And not to forget, scan and recover all the important documents and put in your hard disk or your clouds or mana2 tempat yg bole cari kalau ada case emergency.


Dont hesitate for any question. There's no stupid question ryte? =)





Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire